Saturday 28 May 2016

lepasan spm

biasalah aktiviti hujung minggu kemas bilik huhu,tngah2 kemas tetiba jumpa benda alah ni senarai keperluan yang perlu dibeli semasa hari pendaftaran iktbn sepang sesi julai 2012. 

tiba tiba abg jadi rajin pula pepagi ni buat kira kira sikit,memang untung siapa yg masuk ikbn/iktbn ni,yuran pun murah,kemudahan asrama disediakan,makan minum apa semua disediakan (melainkan nak side dish spent sikit duit makan kat kafe) nota nota apa semua lecture bg free je(tp kalau yg kos kerjasama dgn UTM tu ada lah satu dua buku kena beli)tp yg paling penting anda tidak BERHUTANG dengan mana mana JPA/MARA/PTPTN dan sebagainya fully sponser by Kementerian Belia dan Sukan(KBS) siap dapat elaun lg bulan bulan RM200

kalau ada adik adik yg tak dpt sambung mana mana ipt/ipts tu jangan sedih ada je tempat yg belajar yg bagus,abg syorkan masuklah ikbn/iktbn.huhu buang mind set kata
"masuk tempat2 mcm giatmara/ilp/ikm apa semua ni bebudak gagal spm je yg masuk"


ada je yg result spm cemerlang pun masuk sini sebab depa nak belajaq kemahiran,sijil dan diploma ikbn/iktbn ni diiktiraf mqa,setakat yg abg research yuran ikbn antara pengajian diploma yg termurah jika nak dibandingkan dgn ipta ipta lain yg hang kena bayar yuran average RM1000++ untuk setiap semester


abg cerita sikitlah ikbn/iktbn/giatmara/ilp apa segala ni,adalah institut kerajaan untuk sambung pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) tahap 1,tahap 2,tahap 3 dan tahap 4 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)dan ada sesetengah ikbn yang ada tawarkan pengajian Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia(tahap 5). Diploma lanjutan ni lain sikit cerita dia,dia sama taraf dengan degree tp kerajaan Malaysia belum iktiraf yg diploma lanjutan / level5 ni sebagai degree
okey yang pasal diploma lanjutan tu abg tak berapa arif sangat nanti nanti kita cerita okey

ni cerita pasal DKM dulu ye
1.apa benda itu DKM?

DKM ni kita buat diploma kemahiran malaysia mcm kat atas td ada tulis
untuk dapat DKM ni perlu ada SKM1,SKM2,SKM3 dan SKM4 baru dapat DKM tersebut

2. Apa benda pula Diploma Kerjasama UTM ni? 

okey yang ni kos yg abg ambil. Benda ni dah banyak ipt ipt lain buat sama macam ni,tp kebanyakkannya swasta so yuran dia agak mahal,biasanya kita memang banyak dapat tawaran macam ni walaupun tak pernah apply antaranya daripada UIA,UM,UTM dan segala U yang ada lah huhu

benda ni bukan tak bagus memang bagus pun,cuma kalau kena kat universiti swasta yuran pengajian dia ada lah dalam RM30-40k sepanjang pengajian diploma/degree dsb so kalau banyak duit boleh lah sambung sini

okey berbalik cerita td,di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang(IKTBN) ada ditawarkan kursus ini,ada dua kursus je yg kerjasama dgn utm kursus yg lain lain semua nya DKM bawah ikbn je
1)Diploma Teknololi Elektronik Industri (DTEI)
2)Diploma Teknologi Mekanikal Alatan dan Acuan (DTMA)

dua dua kursus ni ada buat kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Subjek yg korang ambik sama je dengan subjek mahasiswa/mahasiswi di Utm tersebut,cuma yg membezakan dia suasana tempat belajar je,dengan istilah kata lain "menumpang di iktbn"

3. suasana belajar ?

okey suasana belajar di ikbn ni agak straight sikit,tempat fully sponsered by kbs memang disiplin dia apa semua kita kena ikut lah,ada yg kata peraturan macam penjara lah apa lah semua,hehehe mana mana pun tempat belajar kena ikut disiplin dik huhu

time kelas dia 8.00 am - 5.00 pm
tp takde lah 9 jam kelas sahaja,ada lah masa masa rehat dia,bengkel dsb
tp bak kata senior senior abg dedulu,kau masuk ikbn ni mental kena kuat,kau kena layan je sampai habis

layan tak layan dekat setahun lebih dah abg graduate daripada iktbn ni hehe
dan alhamdulillah buat masa ni abg dah pun bekerja sebagai seorang technician je dulu ni Nidec bangi huhu oke oke belanja sikit lah gambar

4. Yuran pengajian ?

macam yang gambar atas td abg tunjuk tu average pengajian diploma 3 tahun bg kejuruteraan dan teknologi yuran hanyalah dalam RM800 sahaja untuk pengajian selama 3 tahun

konvokesyen UTM skudai






umi dan abah tercinta






hehe 







gambar kelas

facemill milling machine


dewan exam
drilling machine


berjalan ke bengkel


aktiviti gegas

   jig bore machine picomax

selain belajar subjek mekanikal kami juga belajar subjek bercucuk tanam supaya tanamkan rasa cinta kpd alam sekitar hehehe (padahal kena denda cabut semalu kat padang bola) kihkihkih


suasana senja


suasana pagi













untung bebenor lah siapa yg masuk iktbn sepang lagi lagi kos kerjasama UTM
1)yuran pengajian yg murah RM800 untuk 3 tahun

2)asrama&makan minum disediakan
3)dapat sijil kemahiran Malaysia tahap 1,tahap 2,tahap 3,Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia

mengapa bayar lebih jika ada tempat pengajian yg murah dan tak perlu membuat pinjaman?
anda mampu mengubahnya

untuk kemasukan bolehlah menghubungi

Pn Jihan iktbn- 012 356 9699
bahagian Hal ehwal Pelajar

call atau whatsapp hanya pada ofis hour

maaf blog masih byk kekurangan newbies kubis lagi nanti ada masa saya belajar lg cmna nak hiaskan blog hehe silalah coment untuk membina hehe

17 comments:

  1. dah post ke belum ni tak keluar pulak aih

    ReplyDelete
  2. Nice ni nas,
    Pergh ade gambar aku,
    Nas biar jelas skit hahah,
    Nice entry ni

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Peraturan paling ketat IKTBN BUKIT MERTAJAM,mmg penjara sungguh,menyesal aku masuk ketat gila peraturan mcm penjara.nk keluar susah,nk mintak balik susah,semua susah.better masok iktbn/ ikbn lain.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cerita tak ikbn bukit mertajam tu macam mne?

      Delete
  5. Kalau bukan aliran sains tulin boleh ke ambil kursus yg kerjasama dgn utm tu

    ReplyDelete
  6. Apa syarat kelayakan dia abg

    ReplyDelete
  7. Anak sya ambil sijil lektrik kat kolej komuniti.Apa peluang dia utk further study kat sini.Dia bercita cita nak jadi Chargeman

    ReplyDelete
  8. Kelas skm memang 8am-5pm shj ke? Mlm free eh? Boleh kerja part time tak? Mintak pendapat sikit 😁

    ReplyDelete
  9. Sya ni lepasan kolej vokasional dh dpt diploma nak ambik iktbn alor gajah untuk diploma lanjutan. Skrg tgah buntu sbb nk jugaklah tahu modul apa sepanjang semester tu. Ke semua belajar bengkel je

    ReplyDelete
  10. Smua ikbn rule dia sma ke or lain2? sbb sya igt nk smbung bljar kt ikbn banting. Dia pnya praturan sama ke?

    ReplyDelete
  11. Automotif ramai tak perempuan ? ��

    ReplyDelete
  12. Sepanjang kita belajar duduk asrama je ke... Ke slp setahun kena cari rumah sewa

    ReplyDelete
  13. Top Casinos in Las Vegas, NV - Mapyro
    Discover 오산 출장안마 best 전라남도 출장샵 Casinos in Las Vegas, 청주 출장마사지 NV from $4000 to $5000! Check out the most popular 보령 출장샵 Casinos in 동해 출장샵 Las Vegas, NV.

    ReplyDelete